Tuesday 25 December 2012

Tip Mencari Sahabat Terbaik



Sahabat penting dalam kehidupan kita kerana sahabat adalah peneman di kala suka dan duka. Selain itu sahabat adalah tempat untuk kita meluahkan perasaan. Kawan senang dicari namun sahabat sukar dicari dan diganti. Nak tahu tip mencari sahabat terbaik?? Jom kita risik…



Tip pertama
Pilihlah sahabat yang boleh melindungi kamu daripada sebarang kemungkinan. Tidak kiralah ketika susah atau senang asalkan dia tetap bersama kamu. Inilah sahabat terbaik buatmu.

Tip kedua
Cari sahabat yang sanggup menerima bantuan dan pertolonganmu dengan senang hati. Walaupun ada perselisihan namun dia tetap meneruskan persahabatan dan menutup keburukanmu daripada pandangan mata orang lain.

Tip ketiga
Pilihlah sahabat yang boleh menghulurkan bantuan ketika kamu memerlukannya. Dia juga sanggup berhadapan dengan pelbagai kemungkinan bersama kamu.

Tip keempat
Ketika kamu berdiam diri dia tidak akan membiarkan kamu keseorangan malah dia akan menghiburkan hati dan mengembalikan senyuman di wajahmu. Sahabat yang baik adalah sahabat yang boleh meringankan beban yang dilalui oleh sahabatnya.

Tip kelima
Carilah sahabat yang mempunyai akhlak dan keperibadian yang mulia. Sahabat seperti ini tidak akan sesekali mengajak kamu untuk melakukan keburukan malah akan membimbing kamu ke arah kebaikan. Dia akan merubah diri kamu dengan nasihat dan tegurannya.

SURAT PENGESAHAN PENDAPATAN LENGKAP

Untuk entri kali ini saya ingin memberi contoh surat pengesahan pendapatan yang lebih lengkap. Diharapkan entri kali ini dapat membantu bagi...