Friday, 7 December 2012

Cara Nak Tahan Marah

Marah.. Semua orang rasanya pernah marah. Cuma cara melepaskan marah tu ja yang lain. Ada yang diam,bising-bising,menangis pun ada dan ada berbagai cara lagi.
Apa pun kita patut bersabar dan fikir dulu sebelum marah, ya la, takut nanti ada yang terguris dengan kata-kata kita. Sabar.. Sabar tu kan separuh daripada iman. Hari ini saya nak kongsi cara nak tahan marah.

Cara-cara nak tahan marah :


1) Mula-mula kita perlu malu dengan Allah s.w.t akan segala tindak- tanduk kita. Allah memerhatikan segala  perlakuan dan sikap biadab kita.
                                                
2) Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanyalah manusia yang hina. 

3) Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah selamatkan kita daripada sifat marah. 

4) Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu mungkin akan membawa kepada permusuhan dan pembalasan dendam dari orang yang anda marahi. 

5) Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika kita sedang marah. Ianya lebih buruk daripada perlakuan seekor binatang jikalau anda di dalam keadaan yang marah.

6) Apabila datang marah, banyakkan baca Ta'awwuz ( A'uzubillahi minas Syaitanirrajim ) kerana marah itu datangnya daripada syaitan. 

7) Apabila marah sedang memuncak, ambil wudhu kerana wudhu dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara. 

8) Jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal tersebut di atas, hendaklah tidur. Kerana ianya akan meredakan perasaan marah apabila bangkit daripada tidur

9) Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datangnya dari Allah dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah. Kalau kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Maka begitulah orang lain yang melakukan kesilapan, juga tidak suka dimarahi. Tegurlah dengan lemah lembut dan kasih sayang. 

10)Satu cara lagi, apabila datangnya marah, sedangkan anda berdiri, maka duduklah, sekiranya duduk, maka bersandarlah, Insha Allah kemarahan akan mulai reda.

Renung-renungkan dan selamat beramal..

No comments:

Post a Comment

SURAT PENGESAHAN PENDAPATAN LENGKAP

Untuk entri kali ini saya ingin memberi contoh surat pengesahan pendapatan yang lebih lengkap. Diharapkan entri kali ini dapat membantu bagi...