Ø
"Jangan sekali-kali
kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman."
Ø
"Dunia ini umpama
lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar di lautan telah ramai kapal karam
didalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita
akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini"
Ø
"Hidup tak selalunya
indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
Ø
"Setiap yang kita
lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah
kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang"
Ø
"Dalam kerendahan
hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan
hidup ada kekuasaan ilmu"
Ø
"Ikhlaslah menjadi
diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa
pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah"
Ø
"Kegagalan dalam
kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi sedikit dengan
ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan
riak"
Ø
"Tidak ada insan
suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang
tidak mempunyai masa depan"
Ø
"Kata-kata yang
lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu.Tetapi kata-kata yang
kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera"
Ø
"Keikhlasan itu
umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam.
Ianya wujud tapi amat sukar dilihat"
Ø
"Hidup memerlukan
pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan
ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan.
Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan."
Ø
"Kita sentiasa muda
untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat"
Ø
"Gantungkan azam dan
semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di
lautan"
Ø
"Setiap mata yang
tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia
melihat"
Ø
"Jadikan dirimu
bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh."
Ø
"Jangan seperti
pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu
api."
Ø
"Menulis sepuluh
jilid buku mengenai falsafah lebih mudah daripada melaksanakan sepotong
pesanan."
Ø
"Kegembiraan ibarat
semburan pewangi, pabila kita memakainya semua akan dapat merasa keharumannya.
Oleh itu berikanlah walau secebis kegembiraan yang anda miliki itu kepada teman
anda."
Ø
"Esok pasti ada
tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok
yang pastikan mendatang."
Ø
"Orang yang bahagia
itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber
hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan
waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu
untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk
bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu
beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa."
Ø
"Kekecewaan mengajar
kita erti kehidupan. Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi
rintangan demi rintangan dalam hidup"
Ø
"Jika kejahatan di
balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu
adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi
jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji."
Ø
"Kata-kata itu
sebenarnya tidak mempunyai makna utk menjelaskan perasaan. Manusia boleh
membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa. Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya
perasaan"
Ø
"Hidup adalah
gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji keteguhan iman seseorang.
Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima
penderitaan."
Ø
"Hiduplah seperti
lilin menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri mencucuk diri dan menyakiti
orang lain."
Ø
"Akal itu menteri
yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan, Harta itu satu tamu yang
akan berangkat, kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan".
Ø
"Selemah-lemah
manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah
dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari"
Ø
"Orang yg paling
berkuasa adalah orang yg dapat menguasai dirinya sendiri"
Ø
"Seseorang
menganggap sekatan sebagai batu penghalang, Sedangkan orang lain menganggapnya
sebagai batu lonjatan."
Ø
"Kalau kita
melakukan semua yang kita upaya lakukan, sesungguhnya kita akan terkejut dengan
hasilnya."
Ø
"Kita selalu lupa
atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi kita sering kali ingat apa yang
orang lain ada."
Ø
"Apa yang diperolehi
dalam hidup ini, adalah sepenuhnya daripada apa yang kita berikan
padanya."
Ø
"Fikirkan hal-hal
yang paling hebat, Dan kamu akan menjadi terhebat. Tetapkan akal pada hal
tertinggi, Dan kamu akan mencapai yang tertinggi."
Ø
"Dunia ini tiada
jaminan melainkan satu peluang."
Ø
"Kehidupan kita di
dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah
percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat
ditemui apabila kita kembali semula ke pada Ilahi."
Ø
"Rahsia kejayaan
hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma."
Ø
"Kekuatan tidak
datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak
pernah mengalah."
Ø
"Mengetahui perkara
yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang
betul."
Ø
"Kecemerlangan
adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik."
Ø
Dalam hidup ini
adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk
bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu
menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini,
kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita
perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk
kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri
NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI
SENDIRI...
No comments:
Post a Comment