Tentu ramai wanita yang mempunyai masalah kelemumur,begitu juga saya.Saya selalu menggunakan limau purut untuk menghilangkan kegatalan akibat kelemumur.Hasilnya,kepala tidak gatal dan rambut pun berbau harum.Bagi yang menhadapi masalah kelemumur bolehlah cuba petua yang ada ni..Selamat mencuba.
1: Basahkan kepala dengan santan kelapa. Pastikan santan itu
rata di seluruh kepala. Biarkan seketika. Kemudian cucilah kepala dengan
syampu yang sesuai. Amalkan selalu, anda akan dapati rambut anda akan kembali berkilat serta kelemumur akan hilang.
2: Ambil limau nipis kemudian belah dua. Ramas hingga
mengeluarkan air. Ini dilakukan di atas kepala anda. Lakukan sekerap
mungkin dan amal ia selepas anda bersyampu. Ia sangat mujarab dan rambut
anda akan sentiasa berbau harum.
3: Ambil 10 biji
belimbing buluh, cincang halus-halus dan campurkan secawan kecil santan.
Sapukan rata-rata pada kepala dan rambut hingga campuran itu habis.
Balut kepala dengan tuala dan biarkan sejak. Setelah itu bilas dengan
air bersih. Amalkan seminggu sekali. Kelemumur akan hilang.
4: Ambil beberapa helai daun nangka dan daun durian, masukkan ke
dalam mangkuk atau gayung. Masukkan air dan ramas daun-daun tersebut.
Gunakan air ramasan sebagai syampu. Amalkan selalu.
5:
Tumbuk 13 helai daun pandan hingga lumat. Campurkan dengan 2 gelas air.
Selepas itu disaring dan usaplah air saringan tadi ke kepala anda yang
terdapat kelemumur. Seterusnya bilas rambut anda dengan air biasa.
6: Ambil segenggam jerami padi dan dibakar hangus dicampurkan
dengan semangkuk santan cair dan jus limau nipis dari sebiji limau
nipis.Campur kesemua bahan ini dan sapukan rata-rata di kepala anda.
Bungkus rambut dengan tuala kira-kira 30 minit. Kemudian cucilah rambut
seperti biasa dengan syampu. Untuk kelemumur yang agak serius, lakukan 2
kali seminggu selama 2 minggu. Kemudian sebulan sekali.
7 : Kisar tiga batang serai bersama dua biji limau nipis hingga
lumat. Kemudian tapis dan ambil patinya. Sapu pada seluruh rambut
seperti menggunakan syampu. Gosok rata-rata dan biarkan selama 15 minit.
Bilas dengan air biasa hingga bersih. Amalkan 2 kali seminggu.
8 : Rendam halba dan kacang hijau selama setengah jam. Kemudian
tumbuk sehingga hancur. Campurkan ke dalam secawan santan pekat dan
sapukan pada rambut. Biarkan selama 15 minit sebelum dibilas dengan air
bersih. Lakukan 2 kali seminggu.
9: Ambil beberapa
biji buah mengkudu masak, basuh dan tumbuk sehingga hancur. Kemudian,
sapu pada kepala sambil digosok-gosok. Amalkan seminggu 2 kali sebelum
mandi.
10: Perahkan air limau purut ke atas kulit
kepala anda. Lumurkan rata-rata dan biarkannya beberapa jam. Biarkan
rambut anda diperapkan dengan tuala yang kering dan bersih. Basuh rambut
anda dengan air suam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
SURAT PENGESAHAN PENDAPATAN LENGKAP
Untuk entri kali ini saya ingin memberi contoh surat pengesahan pendapatan yang lebih lengkap. Diharapkan entri kali ini dapat membantu bagi...
-
1) Marah 2) Hasad 3) Cinta pada dun...
-
Semasa tok dok kat Kupang kami selalu balik kampung dan semestinya aktiviti yang slalu kami buat adalah berkelah.Biasalah dok Kupang dekat g...
-
Beliau diberi nama Wan Osman Wan Awang tetapi menukar namanya kepada Usman Awang. Tokoh ini dilahirkan pada 12 Julai 1929 di Kampung Tan...
No comments:
Post a Comment